Atasi guru kurang di SJKC, SJKT

0 comments

Kementerian Pelajaran tidak menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah kebangsaan kecuali untuk subjek tertentu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi permasalahan di SJKC, punca utama berlakunya kekurangan adalah faktor bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin.
Menurut beliau, bagi menangani isu itu, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah seperti menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di SJKC.
‘‘Sehingga kini sebanyak dua mesyuarat telah diadakan untuk mendapatkan satu penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat. Kita juga mencadangkan supaya guru opsyen Pengajian Cina di SJKC yang telah lama mengajar mata pelajaran lain lebih daripada lima tahun, contohnya Matematik dan Sains, diberikan latihan tambah opsyen melalui Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger