14,000 pendidik terima bayaran insentif tawaran baru

0 comments

Seramai 14,000 warga pendidik daripada 403 buah sekolah rendah seluruh negara menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 dengan jumlah keseluruhan hampir RM15 juta.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penganugerahan BITB itu merupakan kemuncak kepada keupayaan pendidik berkenaan dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan melalui akad tawaran atau bai’ah iaitu menyahut seruan kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.
Daripada 403 buah sekolah itu, sebanyak 300 sekolah kebangsaan, 46 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 51 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), lima Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah sekolah Orang Asli menerima BITB, katanya.

"Apa yang membanggakan kita semua ialah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang dan menyamaratakan peluang pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar juga nampaknya membuahkan kejayaan.
"Ini terbukti apabila sebuah sekolah orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tasik Cini, Pekan telah berjaya menerima ganjaran tawaran baru ini,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) di sini, hari ini.
"Bagi tahun 2011, saya amat bersyukur kerana sasaran pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran iaitu sebanyak empat peratus telah tercapai. Dari 7,635 sekolah rendah seluruh negara sebanyak 403 buah sekolah telah berjaya menerima anugerah TBGB ini,” kata Muhyiddin
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger