Loading...
 

Latihan Dalam Perkhidmatan bersama Ustaz Mohamad Shah Ramli

0 comments

Latihan Dalam Perkhidmatan bersama Ustaz Mohamad Shah RamliPada 14 Mei 2012, SK Tanjong Piandang telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Ke-3 di Bilik Gerakan SKTP bermula pukul 2.00 petang. Pengisian LADAP pada kali ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah bin Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan, Bagan Serai dengan tajuk “Guru Cemerlang”.

Pasukan Olahraga SKTP raih 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa

0 comments

Pasukan Olahraga SKTP raih 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa Bertempat di Trek Sintetik USM Transkrian, berlangsungnya Kejohanan Olahraga Terbuka Daerah Kerian pada 13 Mei 2012. Kejohanan ini diadakan dengan kerjasama antara MSSD Kerian, Kelab Rukun Tetangga Taman Kit Siong dan Milo. 12 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dalam Acara Terbuka dan Bawah 11 Tahun.

Pasukan SKTP telah berjaya meraih 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa menerusi 5 acara.

Berikut merupakan keputusan kejohanan:

Peserta

Acara

Pencapaian

Soleha Kahtizah

80M Berpagar

Emas

Haslinda

100M

Perak

Muhammad Firdaus b. Rosli

80M Berpagar

Perak

Muhammad Firdaus

Mohd. Azrul

Shah Sholihin

Danial Iman

4x100M

Gangsa

Haslinda

Soleha Kahtizah

Aliesha Umairah

Nur Aishah

4x100M

Gangsa

PPKI SKTP sumbang 2 perak

0 comments

PPKI SKTP sumbang 2 perak

Pada 9 dan 10 Mei 2012, Kejohanan Olahraga Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kerian 2012 telah berlangsung di Padang SK Bagan Serai. Penyertaan kejohanan membabitkan 6 buah PPKI Sekolah Menengah dan 7 buah PPKI Sekolah Rendah.

PPKI SK Tanjong Piandang telah menghantar 6 orang wakil untuk menyertai 9 acara yang dipertandingkan dalam bahagian BP Junior, iaitu 100M (lelaki dan perempuan), 200M (lelaki dan perempuan), Lompat Jauh (lelaki dan perempuan), Lontar Peluru (lelaki) dan 4x100 (lelaki dan perempuan – gabungan bersama SK Titi Serong).

Dalam kejohanan tersebut, 2 pingat perak telah disumbangkan menerusi Siti Fatimah bt. Yahaya (Lompat Jauh) dan Nor Atikah bt. Salleh (200M).

Walaupun tidak berjaya menambah koleksi pingat dalam acara-acara yang lain, namun begitu daya juang dan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh murid-murid PPKI SK Tanjong Piandang amat membanggakan. Kita mengharapkan pencapaian PPKI SKTP pada tahun hadapan lebih baik daripada tahun ini.

PPKI SKTP sumbang 2 perak

PPKI SKTP sumbang 2 perakPPKI SKTP sumbang 2 perakPPKI SKTP sumbang 2 perakPPKI SKTP sumbang 2 perak

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

0 comments

images

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012.

 

Muat turun: http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2012/1336538306.pdf

Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

0 comments

Lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

 

Kita Berbicara Tentang Inovasi

Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini

Meningkatkan Produktiviti Terkini

 

Bangun Beranikan Terima Seruan

Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan

Menciptakan Kreativiti

Melahirkan Guru Inovatif

 

#Chorus

Sahutlah Cabaran, Perubahan

Daulatkan Bidang Pendidikan

Guru Inovatif Melonjakkan

Transformasi Pendidikan Negara

Malaysia Ku Tercinta

 

Kita Berbicara Tentang Inovasi

Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini

Meningkatkan Produktiviti Terkini

 

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa

Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja

Binakanlah Keyakinan Merentasi

Segala Halangan

 

Ulang #Chorus 2x

 

Lagu : Rosman bin Adam

Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

 

Muat turun:

Lagu beserta vokal

Lagu minus one (1)

Lagu minus one (2)

Laman Hari Guru 2012 dilancarkan

0 comments

Laman Hari Guru 2012 dilancarkan

Laman sesawang khas bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 telah dilancarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak.

Pada tahun ini, negeri Perak telah dipilih selaku tuan rumah untuk meraikan hari terpenting dalam dunia pendidikan Malaysia dengan memberi apresiasi kepada golongan pendidik. Sama seperti tahun lalu, “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah diangkat sekali lagi sebagai tema.

Laman tersebut memaparkan info terkini dan aktiviti sepanjang Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41. Kepada warga pendidik, jangan lupa untuk menanda (bookmark) di pelayar anda untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

Boleh klik di sini: http://pelajaranperak.gov.my/hariguru/

Sejarah sistem pendidikan Perak

0 comments

Sejarah sistem pendidikan Perak

Pada mulanya, sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu hanyalah berdasarkan pengajian berkaitan agama Islam. Oleh sebab itu, telah wujudnya sekolah pondok yang membolehkan masyarakat dahulu mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam sistem sekolah pondok ini kerana ia tidak dapat melahirkan golongan Islam yang moden disebabkan tiada penekanan terhadap pelajaran lain selain daripada pelajaran agama Islam.

Sekolah Melayu telah mula ditubuhkan pada sekitar 1800-an dengan tujuan utama untuk membasmi buta huruf dalam kalangan kanak-kanak Melayu seramai yang mungkin.

Justeru, tiada had umur minimum kanak-kanak yang belajar di sekolah Melayu di Perak pada ketika itu. Secara purata umur kanak-kanak ke sekolah di Perak pada tahun 1890 ialah 9.2 tahun dan tiada yang di bawah umur 6 tahun. Namun demikian, ada yang berumur 18 tahun.

Pada lazimnya, di Perak, sekolah Melayu ditubuhkan apabila ada permintaan daripada penghulu mukim atau ketua kampung supaya sekolah Melayu diwujudkan. Biasanya sekolah-sekolah tersebut diwujudkan dengan syarat tidak kurang daripada 20 orang murid.

Pada zaman awal pemerintahan Inggeris pula penubuhan sekolah Melayu bertujuan memberikan pelajaran kepada anak-anak Melayu menerusi bahasa ibunda mereka.

Pada ketika itu, anak-anak Melayu perlu menerima pelajaran demi mencari nafkah sebagai nelayan, petani, penoreh getah, pekedai, dan yang berkaitan dengan pekerjaan kampung.

Untuk mencapai tujuan ini, mata pelajaran yang diajarkan dihadkan kepada sistem 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira, termasuk ilmu asas, dan karangan.

Perkembangan sekolah Melayu mencatat sejarah penting pada 1916 melalui laporan seorang pegawai pentadbir Malaya, R.O. Winstedt yang menjadi satu titik pemisahan antara zaman permulaan sekolah Melayu dengan zaman awal pemerintahan Inggeris.

Beliau mengesyorkan untuk menubuhkan sebuah maktab perguruan tunggal bagi semua guru pelatih di Tanah Melayu dan merangka satu polisi mewujudkan satu sistem pelajaran yang baik bagi Sekolah Rendah Melayu, iaitu kurikulum yang berhubung rapat dengan alam keliling kanak-kanak Melayu.

Setelah kedatangan penjajah iaitu Inggeris, sekolah vernakular ditubuhkan di Tanah Melayu.

Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda untuk melaksanakan urusan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekolah Melayu, sekolah Tamil dan Sekolah Cina. Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bagi sekolah Tamil dan sekolah Cina, bahasa Tamil dan bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar.

Guru-guru sekolah Melayu terdiri daripada orang Melayu sendiri manakala bagi sekolah Cina dan Tamil, guru-guru dan buku teks diimport dari China dan India.

Oleh sebab kekurangan guru-guru Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim pada tahun 1922.

Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Mubaligh London dan oleh orang perseorangan. Contoh sekolah vernakular di Perak ialah SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak.

Sekolah Tamil yang pertama di Perak ditubuh pada 1900 iaitu Sekolah Tamil Simpang Lima, berhampiran Parit Buntar.

Sementara Sekolah Matang Gelugor, di Matang pula menjadi sekolah Melayu pertama didirikan di negeri Perak pada 1826.

Sekolah Inggeris kerajaan juga telah ditubuhkan di negeri Perak. Sekolah Inggeris kerajaan pertama di Perak adalah Government Central School.

Pada tahun 1901, namanya ditukar kepada Sekolah King Edward VII. Sekolah Menengah King Edward VII, merupakan sekolah perdana dan antara sekolah lelaki tertua di Malaysia.

Central School atau Sekolah Pusat ditubuh pada Julai 1883 berpunca daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting.

Guru Besar kedua Sekolah Pusat, R.F. Stainer mencadangkan nama sekolah itu ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901 selepas kemangkatan Queen Victoria.

Sekolah Inggeris juga telah ditubuhkan di Kuala Kangsar pada tahun 1905 iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK), atas cadangan R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu yang disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886-1916).

Pada awalnya penubuhan sekolah ini adalah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diraja.

Bagaimanapun, selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak orang kebanyakan dapat peluang menuntut di MCKK.

Pengetua Melayu pertama MCKK ialah Abdul Aziz Ismail yang dilantik sempena ulang tahun ke-60 kolej itu. Sebelum beliau, jawatan disandang oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford terletak di Kuala Kangsar, Perak dan antara yang tertua di Malaysia. SMK Clifford, Kuala Kangsar ini berasal daripada sekolah Melayu yang didirikan pada bulan Disember 1897.

Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan.

Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai 'Sekolah Clifford' mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika itu, Sir Hugh Clifford.

Ketika perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946.

Sekolah Cliford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dalam aspek peperiksaan.

Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khususnya di Britain.

Pada usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah kerana dipilih menjadi salah sebuah perintis Sekolah Bestari.

Sekolah agama juga telah diwujudkan di Negeri Perak. Pada April 1922, bersamaan 1340 Hijrah, telah terbinanya sekolah agama yang pertama di Perak iaitu Madrasah Idrisiah. Ia dibina pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Qaddassallah Shah. Nama Idrisiah ini ada hubung kait dengan nama Almarhum Sultan idris Murshidul 'Adzam Shah.

Dengan adanya sekolah agama ini, fungsi sekolah pondok dapat digantikan serta dapat menghasilkan golongan Islam yang mampu bersaing kerana terdapatnya kemudahan pembelajaran yang tidak terdapat di sekolah pondok.

Oleh MUHAMMAD IMRAN SUHAIMI

Utusan Malaysia, 30/4/2012

Isu Penempatan Graduan Pendidikan IPT

0 comments

Isu Penempatan Graduan Pendidikan IPT

KENYATAAN MEDIA

YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN

MENGENAI ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat prihatin dengan  masalah yang dihadapi oleh graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan telah mengambil langkah-langkah prakmatik dalam menyelesaikan soal penempatan mereka di sekolah-sekolah KPM.

Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah dibuat bagi memastikan graduan ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di sekolah-sekolah bermula Mei ini.

Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses temuduga telah diadakan secara berfasa.

Seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan diri pada hari temuduga itu dijalankan.

Seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan telah gagal kerana tidak memenuhi empat (4) elemen yang dinilai iaitu keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas.

Bagi sejumlah 4,859 graduan yang berjaya dalam temuduga, 29 graduan telah diberi penempatan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu.

Baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Baki 159 pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 pada bulan Julai 2012 .

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :

Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.

Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari SPP.

Status Graduan Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG)

· Pada Jun 2012, terdapat 2,484 graduan J-QAF keluaran IPG untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. Kesemua mereka akan melalui urusan temuduga pelantikan sebagai PPPS oleh SPP terlebih dahulu sebelum penempatan diuruskan.

Status Graduan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

· Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM.

Graduan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk mengetahui samada mereka berjaya atau tidak. Keputusan penempatan akan diumumkan oleh KPM dalam sedikit masa lagi.

Saya berharap kenyataan media ini dapat menerangkan dengan jelas kedudukan ISMP IPTA. Kepada yang telah berjaya di dalam temuduga dan akan diberikan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, saya ucapkan tahniah. Semoga anda semua akan menjadi Guru yang berdedikasi dan dapat berbakti kepada negara. Kepada yang gagal pula, masih ada lagi ruang untuk terus berusaha.

 

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN

Timbalan Perdana Menteri

Merangkap Menteri Pelajaran

 

Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=26&aid=2599

SKTP Naib Johan Pesta Pantun Kerian

0 comments

SKTP Naib Johan Pesta Pantun Kerian

Pada 28 April 2012, SK Tanjong Piandang telah menjadi tuan rumah untuk Pesta Pantun Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Kerian 2012. Pertandingan ini merupakan buat julung-julung kalinya diadakan di peringkat sekolah-sekolah rendah daerah Kerian. Selain itu, pertandingan ini merupakan usaha untuk merealisasikan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

8 buah sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut iaitu SK Tanjong Piandang, SK Baru Parit Buntar, SK Haji Dahalan, SK Dato’ Mas’ud, SK Bukit Merah, SK Tebuk Panchur, SK Matang Buluh dan SK Matang Gerdu.

Pada peringkat akhir, SK Tanjong Piandang bertemu dengan SK Matang Gerdu. Faktor kekuatan pantun yang dilontarkan oleh pemantun-pemantun SK Matang Gerdu berjaya menarik perhatian juri hakim dan seterusnya dinobatkan sebagai Johan.

Tahniah kepada pemantun-pemantun SK Tanjong Piandang! Walaupun pertama kali Pesta Pantun dipertandingkan, SK Tanjong Piandang berjaya mendapat tempat kedua.

Fatini Olahragawati MSSPk 2012

0 comments

Fatini Olahragawati MSSPk 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSPk kali ke-56 telah berlangsung di Stadium Perak, Ipoh selama 4 hari bermula dari 20 sehingga 23 April 2012.

2 orang murid dari SK Tanjong Piandang telah terpilih untuk mewakili kontijen daerah Kerian, iaitu  Fatini Husna bt. Mohd Yusof dan Farid Irfan b. Suhaimi.

Berikut merupakan keputusan yang dicapai oleh kedua-dua atlet olahraga dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSPk kali ke-56:

  1. Fatini Husna bt. Mohd Yusof (2x Emas; 80m berpagar dan lompat jauh, 1x Gangsa; 4x100m)
  2. Farid Irfan b. Suhaimi (1x Emas; 80m berpagar)

Keputusan tersebut telah menobatkan Fatini Husna bt. Mohd. Yusof selaku Olahragawati MSSPk kali ke-56. Selain itu, beliau juga turut melakarkan sejarah apabila memperbaharui rekod dalam acara 80m berpagar dan lompat jauh.

Tahniah kepada Cikgu Mohamad Khairi bin Amri dan Cikgu Harisfaizal b. Ishak kerana telah berjaya menaikkan nama SKTP dalam arena olahraga.

Jadi, sama-sama kita doakan semoga atlet kita berjaya merangkul emas dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2012 kali ke-54 di Perlis pada 22 hingga 26 Mei 2012. Ligat Ligan Mas!

 

412008_397750510259554_100000738254574_1257932_1660739998_o