LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

0 comments

Pada 2 Julai 2011 yang lalu telah diadakan Larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.Larian ini diadakan secara serentak di seluruh sekolah rendah dan  menengah serta institusi pengajian tinggi di Malaysia.Larian ini bermula pada pukul 7.45 pagi.

SKTP juga berbuat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran.Awal pagi lagi murid-murid SKTP telah berkumpul di dataran Kejat.Guru kelas mengedarkan nombor bagi setiap murid dan mengambil kehadiran.Sedikit taklimat diberikan oleh PKHEM berkaitan laluan yang bakal dilalui.



Tepat jam 7.45 pagi larian bermula dan telah dilepaskan oleh Yang DiPertua PIBG SKTP iaitu En Abdullah.Murid Tahap 2 berlari di luar sekolah melalui trek yang mengelilingi Pekan Tanjong Piandang manakala murid Tahap 1 berlari mengelilingi padang SKTP.

Pada pukul 8.30 pagi larian pun selesai.Untuk mengisi masa yang terluang pelbagai aktiviti dijalankan seperti permainan bola sepak, bola jaring dan sukaneka.Semua permainan dijalankan dalam suasana yang gembira.Senamrobik juga diadakan selama satu jam yang diketuai oleh jurulatih yang dijempau khas .mengendalikan senamrobik
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger