Cari kaedah atasi masalah guru ganti

0 comments

Kementerian Pelajaran akan mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan guru ganti di semua sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, guru ganti diperlukan kerana sekolah mempunyai ramai guru wanita yang berkahwin dan bersalin serentak.

“Ia bukan mudah mendapatkan guru ganti untuk tempoh 90 hari, akibat kekangan peruntukan,” katanya yang mewakili Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan ketika merasmikan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) Persidangan Bahagian Guru Pendidikan (TED) di sini, semalam.

Menurutnya, jumlah hari untuk cuti bersalin dari 60 hari bertambah menunjukkan sekurang-kurang�nya 50 peratus diperlukan guru ganti.

Sem:entara itu, menurutnya, kementerian mengambil khidmat 600 guru bahasa Inggeris kontrak bersara selama tiga tahun dan setakat ini 168 guru telah berkhidmat untuk membantu mempertingkatkan mutu bahasa Inggeris di sekolah rendah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger