Ibu bapa diminta bezakan yuran sekolah, bayaran PIBG

0 comments

Ibu bapa diingatkan agar tahu membezakan antara bayaran dikenakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau sekolah dan yuran persekolahan yang sudah dimansuhkan kerajaan bagi sesi 2012.

 Peringatan itu perlu kerana masih ada ibu bapa terkeliru apabila masih ada bayaran dikenakan kepada anak mereka dan beranggapan ia diputuskan kerajaan.

“Jangan keliru kerana yuran persekolahan yang dimansuhkan adalah yuran dikenakan kerajaan (Kementerian Pelajaran) manakala bayaran dikenakan PIBG bergantung keputusan PIBG sekolah masing-masing,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Hari Graduasi dan Penyampaian Sijil Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Dun Guchil 2011, di sini, semalam.

Tuan Aziz berkata, sebelum dimansuhkan, yuran persekolahan digunakan untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans takaful.

“Bayaran dikenakan PIBG atau sekolah pula biasanya untuk aktiviti kecemerlangan pelajar seperti program tuisyen menggunakan khidmat guru cemerlang dari luar dan pembelian buku tambahan.

“Bayaran ini ditentukan PIBG atau sekolah dan tidak ada kaitan dengan kerajaan, jadi jangan timbul kecelaruan dalam kalangan ibu bapa bila anak mereka masih dikenakan bayaran,” katanya.

Pemansuhan yuran persekolahan sebanyak RM24.50 untuk sekolah rendah dan RM33.50 untuk sekolah menengah bagi sesi 2012 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012, 7 Oktober lalu.

Keputusan bakal memberi manfaat kepada 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.4 juta pelajar sekolah menengah itu mencatat sejarah negara apabila buat pertama kali, kemudahan pendidikan disediakan secara percuma
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger