Guru iring perlu insurans: NUTP

0 comments

Kementerian Pelajaran digesa mengkaji saranan untuk menawarkan perlindungan insurans kepada golongan guru yang perlu bertugas mengiringi pelajar bagi aktiviti kokurikulum di luar waktu sekolah.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, sehingga kini guru yang dipertanggungjawabkan mengiringi pelajar tidak mendapat perlindungan insurans daripada kementerian itu.

Menurutnya, terdapat banyak program dan aktiviti kokurikulum dijalankan pihak sekolah pada setiap tahun, di luar waktu persekolahan yang mana guru diberi tugas mengiringi pelajar berkenaan.


“Penglibatan dalam program tidak dapat dielak, malah ada ketikanya guru perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa pelajar, justeru kami mencadangkan mereka turut diberi perlindungan insurans khas.

“Ini kerana, setiap tahun ada sahaja laporan kemalangan melibatkan warga pendidik, apabila ada di antaranya meninggal dunia, profesion ini akan kehilangan seorang tenaga yang pakar dalam bidang masing-masing,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, empat maut, lima cedera parah manakala 22 cedera ringan apabila sebuah bas membawa rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah terbabas dirempuh sebuah treler di Kilometer 382 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River, awal pagi kelmarin.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger