SKTP Johan HIWAR di Ihtifal J-QAF

0 comments


Alhamdulillah , SK Tanjong Piandang sekali lagi menjadi JOHAN dalam pertandingan Hiwar peringkat Zon Kuala Kurau.Pertandingan Hiwar atau dialog dalam Bahasa Arab ini telah diadakan sempena Ihtifal J-Qaf yang sedang berlangsung di Daerah Kerian.

Pertandingan Hiwar ini telah diadakan pada 14 Mei
2011 yang berlangsung di SK Wawasan ,Parit Buntar.Berkat kesabaran dan kecekalan jurulatih yang mengajar iaitu Ustazah Nooraini bt Salleh dan Ustazah Nadi Hanim,murid-murid SKTP yang mengambil bahagian telah dapat mengikuti tunjuk ajar daripada jurulatih.

Bukanlah mudah untuk bercakap dalam bahasa Arab apalagi bahasa yang jarang digunakan.tetapi peserta SKTP telah menunjukkan kehebatan mereka dalam berdialog dalam Bahasa Arab.Sebelum ini pasukan Kuiz SKTP telah muncul sebahagi Johan juga sempena Program Ihtifal J-Qaf ini.

Semoga pasukan SKTP akan lebih menempa kejayaan nanti.Bersama menuju kecemerlangan bersama SKTP.Tahniah buat semua yang terlibat.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger