SAMBUTAN HARI GURU SKTP-2011

0 comments

Pada setiap 16 mei merupakan hari yang cukup bermakna bagi yang bergelar guru. Ini kerana pada hari itulah mereka berasa dihargai dan diberi hadiah daripada murid-murid atau sesama guru.

Sambutan Hari Guru di SKTP disambut dengan penuh kemeriahan.Pelbagai program diatur oleh pihak sekolah dan murid untuk meraikan hari yang bermakna itu.Pagi-pagi lagi perhimpunan khas
diadakan dengan dimulai dengan membaca perutusan daripada menteri Pelajaran oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En kamaruddin B. Ahmad.perutusan daripada Ketua pengarah Pelajaran pula dibaca oleh Penolong Kanan HEM iaitu Tn Hj Hassan Aghare b. Hj Mat Nor.Guru Besar, Tn Hj Abd Rashid juga berucap dan diakhiri dengan ucapan daripada YDP PIBG.

Seterusnya program diteruskan dengan permainan bola tampar  oleh guru-guru lelaki manakala guru-guru perempuan pula bermain futsal.Permainan ini memang menarik dan disaksikan oleh murid-murid.

Semasa di dewan pula, pelbagai persembahan diadakan seperti nyanyian oleh guru-guru SKTP, persembahan murid an sebagainya.Pengawas sekolah pula memberikan hadiah kepada setiap guru SKTP berupa sejambak bunga,sekaki payung dan pemegang kunci. Majlis diakhiri dengan jamuan khas untuk guru-guru SKTP dan bertukar-tukar hadiah.Walaupun agak meletihkan tetapi semua guru berasa gembira kerana berasa dihargai dan diberi pelbagai hadiah oleh murid-murid.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger