NURHAZWANI CIPTA SEJARAH UNTUK SKTP

0 comments

Siapa sangka seorang murid tahun 6 yang pendiam dan bijak dalam pelajaran telah dinobatkan sebagai ATLET TERBAIK dan OLAHRAGAWATI kebangsaan dalam Kejohanan MSSM .

Bukan itu sahajaNorhazwani juga telah mencipta rekod baru dalam acara kegemarannya iaitu dalam acara 80m Lari Berpagar P12. Selain manjadi Johan acara itu beliau juga telah menjadi johan dalam acara 200m P12.Persaingan yang begitu sengit diberikan oleh peserta Sabah dalam acara itu memaksa para juri terpaksa menentukan pemenang melalui 'foto finish'.



Norhazwani juga membantu pasukan 4 X 200m P12 untuk mendapat tempat kedua.Walaupun telah ketinggalan di tempat keempat tetapi dengan kepantasan Norhazwani pasukan negeri Perak itu telah berjaya merangkul tempat kedua di saat akhir dalam 4 X 200m P12 itu.

Dalam kejohanan itu Norhazwani telah merangkul 2 pingat emas dan 1 perak serta dapat mencipta rekod baru bagi acara 80m Lompat berpagar P12..Dengan ini melayakkan beliau dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dan Olahragawati peringkat kebangsaan dalam kejohanan MSSM itu.Dalam kejohanan mSSM itu juga Negeri Perak telah berjaya merangkul 9 Pingat emas san 2 daripadanya disumbangkan oleh Norhazwani.

Sesungguhnya beliau telah menaikkan nama SKTP, Daerah Kerian dan Negeri Perak di puncak kejayaan.Tahniah Norhazwani dan dengarnya beliau juga akan mendapat habuan ribuan ringgit atas kejayaannya itu.

Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada jurulatih olahraga SKTP ,Cikgu Mohd Khairi b. Amri yang telah melatih peserta olahraga sekolah termasuk Norhazwani dalam mencipta nama dalam bidang olahraga ini. Teruskan usaha Cikgu Khairi..Ternyata murid yang berlatih di bawah cikgu memang berkualiti dan mengharumkan nama SKTP,Daerah Kerian dan Negeri Perak selama beberapa tahun ini.Tahniah Cikgu Khairi.

Seluruh warga SKTP amat gembira dengan kejayaan dan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh Norhazwani..Beliau adalah ikon bagi murid-murid SKTP supaya sentiasa menuju ke puncak kegemilangan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger