MAJLIS MERAIKAN OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN (DARI SKTP) MSSM 2011

0 comments

Warga SKTP meraikan akan kejayaan adik Nurhazwani yang telah berjaya dinobatkan sebagai
 i  - Olahragawati P12 MSSM 2011 dan
ii  - Olahragawati Terbaik keseluruhan Kategori MSSM yang baru saja berlalu.



Kepulangan beliau disambut dengan penuh kegembiraan oleh warga SKTP.malah satu majlis khas telah diadakan sempena kepulangan beliau yang membawa kejayaan di peringkat kebangsaan.Adik Norhazwani membantu dan menyumbangkan 2 pingat emas dan 1 perak dalam pungutan pingat oleh kontinjen Negeri Perak.

Pegawai Pelajaran Daerah Perak, Tn Hj Mat Lazim bin Idris dan pegawai-pegawai dari PPD Kerian juga turut hadir meraikan akan kejayaan atlet kebanggaan SKTP itu.Dalam ucapan Tuan PPD itu ,beliau menyatakan kebanggaan dengan pencapaian yang amat cemerlang itu.Ini kerana katanya selain Nurhazwani berjaya dalam sukan tapi juga merupakan seorang murid pintar di SKTP.

Di akhir majlis itu pelbagai pihak menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Nurhazwani.Pihak Kerajaan Negeri Perak, PPD Kerian, PIBG SKTP, Pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati.Memag lumayan apa yang diperolehi oleh atlet kebanggan SKTP ini. RIBUAN RINGGIT adalah salah satu habuan yang diterima oleh adik Nurhazwani.

Di akhir majlis itu, En Zainuddin ,Penyelia Sukan PPD Kerian telah menyatakan bahawa SKTP akan menerima Rm1,000.00 sebagai penghargaan kepada pihak sekolah dalam sumbangan melahirkan jaguh-jaguh sukan.Untuk makluman juga SKTP adalah Johan Olahraga Daerah Kerian selama 6 tahun berturut-turut dan setiap tahun ada sahaja wakil SKTP yang mewakili Daerah Kerian dan negeri Perak dalam bidabg olahaga.Semuanya adalah bimbingan dan kerja keras jurulatih olahraga iaitu Mohd Khari bin Amri yang sentiasa dapat melahirkan jaguh-jaguh olahraga.

Sesungguhnya pihak SKTP amat berbangga dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan semua guru-guru yang terlibat dalam apa jua program yang dilaksanakan. BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN SKTP..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger