Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman

0 comments

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman
Tarikh 9 April 2012 merupakan detik bersejarah buat  Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman. Setelah berkhidmat selama 34 tahun, beliau bersara dari arena pendidikan. Beliau merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Tanjong Piandang.

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman, 9/4/2012

Bertempat di Dewan Seri Tanjong, acara bermula pada 11.30 pagi. Kehadiran beliau diiringi oleh Tn. Hj. Abd. Rashid, Guru Besar SKTP, wakil PPD Kerian dan Pengerusi PIBG. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Aspia. Seterusnya, ucapan daripada Pengerusi PIBG, Guru Besar dan wakil PPD. Tayangan multimedia khas dipaparkan sebelum majlis diakhiri dengan ucapan  Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman.

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman, 9/4/2012

Biografi Pn. Hjh. Noorulain bt. Abdul Rahman

Beliau dilahirkan pada 10 April 1956. Anak kepada pasangan Hj. Abdul Rahman B. Mohamed Mastan dan Hjh Hathija Bt. Mat Lazin ini merupakan anak ke-4 daripada 10 orang adik-beradik. Beliau mula mendapatkan pendidikan rendah di SK Methodist pada tahun 1963 hingga 1968 dan SMK Methodist Parit Buntar (1969-1973). Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Jalan Northam (juga dikenali sebagai Maktab Perguruan Seri Pinang) pada tahun 1976 sehingga 1977.

Nama Suami : Hj Shaik Amir B. Shaik Ali
Bilangan anak : 4 orang perempuan

Bil. Anak Belajar/Bekerja
1 Nor Shahirah Bt. Shaik Amir Tahun ke-3, Kejuruteraan Komputer di UKM, Bangi
2 Nor Shakira Bt. Shaik Amir Tahun Akhir, Diploma Pastri di Akademi Pastri Malaysia, Petaling Jaya
3 Nor Liyana Bt. Shaik Amir Tingkatan 5, SMK Methodist, Parit Buntar.
4 Nor Sariah Bt. Shaik Amir Tingkatan 4, SMK Methodist, Parit Buntar.

Berikut merupakan sekolah-sekolah yang pernah beliau berkhidmat:

Bil.
Sekolah
Tahun Berkhidmat
1 SK Dato’ Mas’ud, Bagan Serai 1978-1982
2 SK Kuala Kurau 1983-1989
3 SJK (T) St. Mary, Parit Buntar 1990
4 SK Sungai Nyior, Butterworth 1990-1995
5 SK Taman Inderawasih 1995-1996
6 SK Tanah Kebun 1997-2004
7 SK Alor Pongsu 2004-2007
8 SK Bagan Serai 2007-2011
9 SK Tanjung Piandang September 2011 hingga 9 April 2012

Antara anugerah yang diterima beliau ialah:
  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 (SSB – Menegak)
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2002 (SSM)
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2005 (SSM)

Kami di SKTP mendoakan semoga beliau sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger