
Bagi melaksanakan keputusan itu pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 sedang dilaksanakan, katanya.
"Sementara menunggu pindaan perundangan dikuatkuasakan, mereka yang ingin mendapatkan potongan cukai kini bolehlah mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut Siang Chai, pelaksanaan pemotongan cukai itu dijangka hanya dilakukan pada tahun depan.
Bagi melayakkan individu atau syarikat mendapatkan potongan cukai itu, katanya kesemua sumbangan hendaklah dalam bentuk tunai dan setiap permohonan mestilah disertakan dengan dokumen lengkap termasuk resit yang disahkan oleh sekolah atau rumah ibadat terbabit.
Potongan cukai bagi sumbangan tunai kepada sekolah dan tempat ibadat di bawah seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2012.
Post a Comment