480,000 guru bakal nikmati pelarasan gaji, kenaikan pangkat

1comments

Seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara 'time based' yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, di sini, pagi ini.
Muhyiddin berharap JPA dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri).

"Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat," katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.
Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Muhyiddin juga berkata apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan.
Share this article :

+ comments + 1 comments

3 March 2022 at 6:14 am

Harrah's Resort Atlantic City - Mapyro
Harrah's Resort 남양주 출장샵 Atlantic City. Map of Harrah's Resort 김제 출장안마 Atlantic City and Atlantic City 부천 출장마사지 Area. Map of 속초 출장마사지 Harrah's Resort Atlantic City and 김천 출장안마

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger