SKTP TEMPAT KE-2 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KELOMPOK 5

0 comments

Pada 18 Februari 2012 lalu, satu kejohanan sepak takraw keompok 5 telah diadakan. Kejohanan sepak takraw itu berlangsung di SM teknik bagan Serai. Sebanyak 7 buah sekolah mengambil bahagian.


Setiap sekolah mengahantar 2 regu dan ini bermakna terdapat 14 buah regu yang bertandinga dan dibahagikan kepada 4 kumpulan . SKTP juga telah menghantar 2 regu iaitu Regu A dan Regu B. Regu A SKTP telah menjadi Johan Kumpulan A dengan memenangi kesemua perlawananan.

Berbeza dengan nasib Regu B SKTP. Regu ini B hanya memenangi satu perlawanan dan tewas 2 perlawanan lagi. Regu B gagal untuk mengiringi rakan pasukan mereka, Regu A untuk ke suku akhir.



Dalam perlawanan suku akhir, Regu A SKTP telah mengalahkan Regu A SK Kampung Kedah. Perlawanan Separuh Akhir merupakan satu perlawanan yang mendebarkan kerana terpaksa menentang Regu A SK Parit Haji Wahab iaitu regu yang diramal akan menjadi johan. Keupayaan Regu A SKTP mengalahkan regu itu memeranjatkan semua pasukan.

Dalam perlawanan akhir, Regu A SKTP bertemu Regu A SK Sg Megat Aris. Regu SKTP gagal menjadi johan dan mendapat tempat kedua setelah dikalahkan oleh REGU A SKSMA ini. Bagaimanapun seluruh warga SKTP gembira dan mengucapkan tahniah kepada Regu A ini yang berjaya menaikkan nama SKTP.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger