SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT SEKOLAH

0 comments

Pada 17 Februari 2012, SK Tanjong Piandang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat sekolah. Sempena sambutan majlis itu, pihak Panitia Pendidikan Islam SKTP telah menjemput Ustaz Zaki bin Saidin dari SABK Samsul Ma'arif untuk menyampaikan ceramah.


Ustaz Zaki telah menyampaikan ceramah beliau dengan begitu menarik sekali. Murid -murid SKTP tidak kering gusi dan banyak ilmu engetahuan yang diperolehi dari ceramah beliau. Bukan sahaja murid-murid yang mendapat ilmu daripada ucapan beliau malahan guru-guru SKTP juga mendapat banyak manfaat dan pengetahuan .


Selain ceramah beliau berkait dengan maulidur rasul, beliau juga menyentuh tentang hal-hal lain seperti ilmu ibadah dan Fardhu Ain. Ustaz Zaki juga menerangkan bagaimana cara bertayammum ketika ketiadaan air dan ketika dalam keadaan sakit..Cerita bagaimana tentera Allah seperti burung Ababil dan nyamuk mampu menewaskan musuh-musuh yang lebih besar bilangannya.

Pihak SKTP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Zaki atas ceramah yang disampaikan oleh beliau. Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini dapat diteruskan lagi,Tahniah jua untuk Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan majlis Maulidur Rasul ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger