MOTIVASI BERSAMA IBU BAPA

0 comments

Pada 22 Februari 2012, hari Rabu yang lalu, Bimbingan dan kaunseling SK Tanjong Piandang telah telah mengadakan satu majlis motivasi bers.ama murid dan ibu bapa. Majlis ini bertujuan mendedahkan ibu bapa kepada peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.


Penceramah yang dijemput ialah Enci Jamaluddin bin Aziz, Penolong Pengarah BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan) .Beliau merupakan penceramah motivasi terkenal. Beliau juga merupakan mantan Penyelaras Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Kurau.

Ceramah beliau amat berjaya kerana murid, ibu bapa serta guru-guru terpukau dengan penyampaian beliau yang tidak membosankan. Beliau menyampaikan ceramahnya dengan menyatakan cara-cara menjadi seorang murid yang cemerlang. peranan ibu bapa juga amat penting dalam mendidik anak-anak yang cemerlang.

Pihak SKTP merakamkan ribuan terima kasih kepada En Jamaludin bin Aziz kerana sudi menyampaikan ceramah motivasi di SKTP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger