NORHAZWANI RAIH ANUGERAH TUNAS PUTERI SUKAN MSS PERAK

0 comments

Sekalung tahniah buat Norhazwani binti Abdul Haris kerana telah dianugerahkan Anugerah Tunas Puteri Sukan MSS Perak iaitu satu anugerah yang berprestij dalam satu Majlis Anugerah Sukan Sekolah Perak 2011 yang diadakan pada 23 Februari 2012 bertempat di Dewan Sultan Yusuf, SMK Sultan Yusuf, Batu gajah, Perak.

Norhazwani juga merupakan Olahragawati Terbaik  MSSM pada tahun 2011..Norhazwani merupakan satu kebanggaan bagi SK Tanjong Piandang kerana beliaulah puteri olahraga yang melonjakkan nama SK Tanjong Piandang hingga ke peringkat kebangsaan. Beliau pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan olahraga negara-negara ASEAN pada 2011 yang diadakan di Indonesia.Norhazwani merupakan pelari pecut bagi acara kegemarannya iaitu lari pecut 100m dan lari berpagar.

Tahniah juga buat jurulatih olahraga SKTP yang melatih Norhazwani iaitu Cikgu Mohamad Khairi bin Amri seorang jurulatih yang sentiasa melahirkan atlet olahraga SKTP yang berpotensi dan meletakkan SKTP digeruni dalam pertandingan olahraga.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger