Sekolah Dalam Hospital bermula berbermula hari ini

0 comments

Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang akan memulakan sesi pembelajaran untuk pelajar yang dirawat di hospital berkenaan mulai hari ini (15 Julai 20110). Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung SDH berkata, seramai 16 guru telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria untuk bertugas di bilik darjah hospital berkenaan.
Menurutnya, lapan daripada guru itu akan mengajar di HKL manakala di Hospital Serdang dan Hospital Ampang akan menyediakan khidmat empat guru.

"Guru-guru itu menjalani latihan sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang mempunyai masalah kesihatan," katanya selepas merasmikan majlis penutupan kursus guru SDH di Institut Pediatrik HKL di sini semalam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger