Hari Latihan Kebakaran

0 comments

Hari Latihan Kebakaran

Pada 25 April 2012, Sekolah Kebangsaan Tanjong Piandang telah mengadakan Hari Latihan Kebakaran. Loceng dibunyikan panjang sebagai tanda amaran kepada seluruh warga SKTP supaya mengambil langkah keselamatan dengan berkumpul di padang. Guru Kelas membuat semakan bilangan murid untuk memastikan tiada murid yang menjadi ‘mangsa rentung’.

SKTP berasa bertuah pada hari tersebut apabila Pasukan Bomba dari Kuala Kurau sudi hadir untuk memberikan ceramah kepada warga SKTP. Acara yang menarik perhatian ramai ialah demonstrasi memadamkan api. Cikgu-cikgu SKTP tidak melepaskan peluang untuk mengenakan pakaian bomba dan memadamkan api persis lagak seorang ahli bomba yang sedang beroperasi memadamkan api kebakaran.

Benar kata orang, “Api sewaktu kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan”. Semoga aktiviti pada hari tersebut memberikan manfaat kepada semua warga SKTP.

Hari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan Kebakaran

Hari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan KebakaranHari Latihan Kebakaran

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger