USTAZAH FIRUS JUARA USTAZAH PILIHAN MUSIM PERTAMA

0 comments

Akhirnya penantian para penonton rancangan ustazah pilihan terjawab apabila kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama berakhir apabila Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, (gambar) muncul sebagai juara.

Firus yang berasal daripada Kuala Lumpur itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.

gambar firus juara ustazah pilihan
Antara hadiah yang dimenangi firus sebagai juara :
Juara sulung program tersebut menerima tajaan biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.
Selain itu, Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain.
Respon firus sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang …
“Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka.
“Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada saya malam ini,” ujarnya.
Namun Firus memberitahu sepanjang hampir dua bulan berada di dalam program itu dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk berjaya.
Ujarnya, melalui Ustazah Pilihan dia banyak menimba ilmu dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dan pengetua iaitu Dr Robiah K Hamzah.
“Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam,” katanya.
Sedikit latar belakang beliau..
Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.
Sementara itu, ibu kepada Firus, Aishah Mohd Said, 56, melahirkan rasa syukur dengan kemenangan anak sulung dari enam adik beradik itu.
Aishah berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
“Dia seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain,” ujarnya.
Sekitar episod akhir Ustazah pilihan ..
Pertandingan akhir Ustazah Pilihan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada malam Khamis itu turut menerima kejutan apabila menyingkir dua peserta iaitu Masfira Mustapha (tempat keempat) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (tempat ketiga).
Pada malam penentuan itu, semua peserta diberi tugasan untuk mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan.
Pemenang pada malam itu dinilai berdasarkan tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah).
Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Dr Robiah serta dua tenaga pengajar iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Zawiah Hassan.Ia dihoskan oleh Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani.
Tidak seperti program realiti lain, format Ustazah Pilihan berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.
Program siri pencarian berunsur Islam juga ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS).Turut hadir dalam acara kemuncak itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger