HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

0 comments

Pada 17 November 2011, SKTP telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.Majlis ini diadakan pada pukul 8.30 pagi , hari Khamis.

Pihak sekolah telan menjemput Dato' Abdul Puhat bin Mat Nayan untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan ini.Dato' Puhat merupakan Ketua Pengarah,Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Malaysia. Dato' Abdul Puhat merupakan seorang bekas pelajar SKTP dan sememangnya anak jati Tanjong Piandang.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu En Azman dan Cik Norzainiza.Diikuti dengan doa untuk mendapat keberkatan.Ucapan YDP disampaikan oleh En Abdullah dan kemudian ucapan Tuan guru Besar, Tn Hj Abd Rashid bin Abdul yang menerangkan perkara berkaitan sekolah dengan pembentangan secara slaid Power Point yang amat menarik.Ucapan Perasmian oleh Dato Abdul Puhat amat menarik.Beliau akan terus menyumbangkan segala bantuan tenaga dan wang ringgit untuk kemajuan SKTP.Perasmian Hari Anugerah kecemerlangan dengan paluan gong sebanyak tiga kali.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi PIBG, Ketua Balai Polis Tanjong Piandang serta wakil PPD iaitu En Zulkarnain (PPD Sekolah Menengah Daerah kerian).

Anugerah tokoh adalah sebanyak 9 kategori.Anugerah Tokoh Murid Pendidikan Khas ialah Muhamad zaidi b. Zalazili. Anugerah Tokoh Kokurikulum (P) pula ialah Fatini Husna bt Mohd Yusop manakala Anugerah Tokoh Kokurikulum (L) pula ialah Muhamad Syafiq b. Azshar.Tokoh Harapan pula jatuh kepada Nuramira Azlin bt Mohd Yusof. Anugerah Tokoh Murid 2011 diperolehi oleh Sarvini a/p Mardaid.Sarvini merupakan seorang pelajar bukan Melayu yang dipilih sebagai Tokoh Murid dan menjadi sejarah kerana telah terpilih.Seterusnya Anugerah Tokoh Perdana ialah Norhaswani bt Abdul haris atas kecemerlangannya mewakili negara Malaysia dalam pertandingan Olahraga.

Selain anugerah murid, diadakan juga anugerah untuk Tokoh Anugerah staf Sokongan yang diperolehi oleh Tn Hj Dzulkifli b. Ghazali, seorang CC ,Ketua Kerani SKTP. Anugerah Panitia Cemerlang dianugerahkan kepada Panitia Bahasa Melayu, Panitia Agama Islam, Panitia Sains.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menerima hadiah dan peneriama anugerah atas kejayaan anda semua.Semoga ini akan menambahkan lagi semangat untuk mencapaikan kejayaan dalam pelajaran.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger