SELAMAT BERSARA - EN KAMARUDDIN B. AHMAD (PK 1)

0 comments

En Kamaruddin bin Ahmad , Penolong Kanan Pentadbiran Sk Tanjong Piandang telah menamatkan perkhidmatan beliau setelah berkhidmat selama lebih tiga puluh tahun.Sekolah akhir beliau ialah SK tanjong Piandang dan memegang jawatan akhir beliau sebagai PK 1.

Semenjak kehadiran beliau pada tahun 2009, SKTP telah melonjak naik dalam pencapaian akademik dan telah keluar dari SPR, suatu pencapaian yang amat baik terutamanya bagi UPSR. Beliau bekerja keras untuk melonjakkan prestasi akademik..Alhamdulillah
dengan usaha beliau dengan dibantu oleh rakan-rakan guru, SKTP berjaya melonjakkan namanya sebaris dengan sekolah=sekolah lain yang meningkat.

Jadi tidak hairanlah warga SKTP pasti akan terasa dengan ketiadaan En Kamaruddin yang sentiasa tersenyum dan bijak mengambil ahti para guru dan staf sokongan lain.

Wakil PPD, En Anuar menganggap ketiadaan En kamaruddin yang sukar dicari penggantinya.Walau bagaimanapun beliau berharap pengganti En kamaruddin nanti juga dapat meningkatkan prestasi SKTP.Selain En Anuar yang mewakili PPD Kerian, En Mohd Radzi b. Harun, Pegawai Khas Sukan Daerah Kerian turut hadir dalam majlis persaraan yang diadakan.

Semoga En Kamaruddin tidak akan melupakan SKTP serta warganya kerana di sinilah beliau bertugas sehingga menamatkan perkhidmatan beliau.Warga SKTP mengucapkan SELAMAT BERSARA dan semoga beliau sentiasa diberkati Allah SWT .
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger