Hazwani wakili Malaysia ke Sukan APSO di Jakarta.

0 comments

Seorang murid Sk Tanjong Piandang yang pernah dinobatkan sebagai Olahragawati MSSM 2011 iaitu Norhazwani binti Abdul Haris telah terpilih untuk mewakili negara Malaysia ke sukan APSO bawah 12 tahunyang akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada 8hb sehingga 15 Oktober 2011 ini.

Hazwani akan mewakili Malaysia bagi acara lari pecut 100m dan 200m bawah 12 tahun..Hazwani telah memecahkan rekod MSSM dalam acara 200m Lari Berpagar bawah 12 tahun yang telah diadakan tidak berapa lama dahulu..Selain itu dia juga telah memnangi emas bagi acara 200m lari pecut dalam Sukan MSSM itu.

Warga SKTP dan seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan berharap beliau akan pulang dengan kejayaan cemerlang dalam acara yang disertainya nanti.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger