HARI KOKURIKULUM SKTP

0 comments

SK Tanjong Piandang telah mengadakan Hari Kokurikulum pada 23 September 2011.Hari Kokurikulum ini diadakan dengan disertai lima buah unit beruniform yang terdapat di SKTP.

Kem Komander, Cik Syuhada

Program ini disertai oleh murid dari Tahun 4, 5 dan 6.Setiap unit beruniform akan diwakili seramai 50 orang murid.Ini bermakna terdapat 250 orang murid yang terlibat.Murid-murid yang terlibat ini dikehendaki tidur di sekolah untuk semalam.Oleh itu kelengkapan yang diperlukan perlu dibawa sendiri.Pihak sekolah hanya menyediakan tempat menginap sahaja.

Apa yang menariknya ialah guru-guru SKTP telah bergotong -royong menyediakan makanan semua murid dan guru SKTP.Pada sebelah malamnya pula diadakan jamuan Hari Raya untuk guru-guru SKTP dan murid-murid yang terlibat dengan perkhemahan ini.Majlis jamuan Hari Raya amat meriah dan turut disertai oleh tiga orang wakil PPD Kerian iaitu Ustaz Abd Rahman, Tn Hj Mohd Radzi Harun dan En Azaruddin .Semua makanan seperti pulut, nasi himpit ,rendang ayan,mi dan bihun sup serta juadah lain disediakan dan dimasak sendiri oleh guru-guru SKTP.

Pelbagai pertandingan diadakan seperti memasang khemah, memasak, mambuat anyaman dan sebagainya.Program tamat pada pukul 11.00 pagi dan setelah berkemas, murid-murid pun bersurai pulang. Semua peserta yang mengambil bahagian mendapat cenderahati.Mereka semua amat gembira dan berharap dapat mengikuti lagi program seperti ini lagi pada masa hadapan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger