TAHNIAH ...TN HJ HASSAN AGHARE JADI GURU BESAR

1comments

Tn Hj Hasan Aghare bin Hj Mohd Nor adalah Penolong Kanan HEM di SK Tanjong Piandang.Beliau  mula berkhidmat di SK Tanjong Piandang pada pertengahan tahun 2009.Beliau juga merupakan seorang yang  aktif memberi ceramah berkaitan Teknik Menjawab Soalan Mata Pelajaran Matematik .Beliau sering diundang di Daerah Kerian dan Nibong Tebal untuk menyampaikan ceramah.

Pada 18 Julai 2011 yang lalu beliau menerima perkhabaran yang menggembirakan di mana beliau dinaikkan pangkat menjadi seorang Guru Besar. Beliau akan memegang jawatan sebagai Guru Besar di sekolah luar dari daerah Kerian.Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Dato' Ishak,, Manjung.



SK Tanjong Piandang merasa kerugian kerana Tn Hj Hasan juga mengajar Tahun 6 bagi mata pelajaran Matematik.Walau bagaimanapun semua warga SKTP mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Guru Besar di SK Dato' Ishak.Semua warga SKTP mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Share this article :

+ comments + 1 comments

25 July 2011 at 10:00 pm

KAMI WARGA SKDI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN KE SEKOLAH "KITA"...
SELAMAT DATANG...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger