HARI KEUSAHAWANAN

0 comments



Hari Keusahawanan kali ini amat meriah.Sebanyak 8 unit Uniform telah mengambil bahagian mendirikan gerai termasuk pihak pentadbir juga mengambil bahagian..Brmacam-macam jualan yang menarik seperti roti john, nasi ayam madu,rojak, skewer, chicken chop dan lain-lain lagi..Selain itu diadakan juga cabutan bertuah dan cabutan bonanza..Memang banyakhadiah yang disediakan (80 hadian cabutan bertuah dan 10 hadiah cabutan bonanza) disediakan kepada yang bernasib baik.Semua hadiah memang menarik berupa hamper,barangan elektrik ,basikal dan lain-lain lagi.

Hari Keusahawanan kali ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTP iaitu En Abdullah.Kebanyakan hadiah untuk cabutan bertuah dan bonanza adalah sumbangan samada daripada pihak individu, berkumpulan dan juga syarikat-syarikat yang begitu baik hati..Target kutpan hari keusahawanan pada kali ini ialah sebanyak RM15,00.00.Boleh dikatakan semua makanan dan minuman yang dijual mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dan telah habis dijual sebelum pukul 1.00 petang lagi.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan Hari Keusahawanan ini terutamanya kepada PIBG, guru-guru,ibubapa,murid-murid,semua pemderma dan tidak lupa juga kepada Klinik Kesihatan dan Klinik gigi Tg Piandang, pihak KOPENAS an BSN .
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger