SKTP sumbang 4 pingat emas untuk Daerah Kerian

0 comments

Baru-baru ini telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSPK  kali ke 55.kejohanan ini diadakan di Daerah Batang Padang selama empat hari.

Kesemua Daerah di negeri Perak telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.Kali ini SKTP telah menghantar 5 orang peserta mewakili Daerah Kerian.Daripada lima peserta yang dihantar oleh SKTP,empat orang telah berjaya mendapat pingat emas, satu gangsa dan satu perak..
Ini merupakan pencapaian yang sangat memberangsangkan untuk SKTP dan membantu Daerah Kerian dalam mendapat pungutan pingat.Dua rekod .
baru juga telah dicipta oleh peserta SKTP .

Peserta dari SKTP yang mendapat pingat emas ialah:
1. Fatini Husna bt Mohamad yusof bagi acara 80m Lompat Berpagar - (P11) Rekod baru
2. Mohd Farid Irfan bin Mohd Suhaimi bagi acara 80m Lompat Berpagar - (L11)
3. Nor Hazwani binti Abd Haris bagi acara lompat Berpagar - (P12) Rekod Baru
4. Mohd Syafiq bin Azshar bagi acara 80m Lompat berpagar (L12).

NOR HAZWANI BINTI YUSOF juga telah dinobatkan sebagai OLAHRAGAWATI  P12 pada  kejohanan kali ini.Sekalung tahniah buat Nor Hazwani kerana telah menjulang nama SKTP dan Daerah Kerian.

Secara keseluruhan Daerah kerian berjaya mengumpul 15 pingat emas, 13 Perak dan 18 gangsa dan berjaya mendapat tempat ke 4.Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mewakili Daerah Kerian..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger