Chong Wei juara All England

0 comments


KETAHANAN mental menjadi punca Lee Chong Wei berjaya mempertahankan takhta perseorangan lelaki Seluruh England apabila menewaskan musuh tradisi, Lin Dan dari China, kelmarin.
Kemenangan pilihan utama negara itu ke atas pemenang pingat emas Olimpik agak mengejutkan kerana Lin Dan pernah menewaskan Chong Wei di Terbuka Korea yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai jutaan ringgit, Januari lalu.

Kejayaan di Seoul itu adalah yang ke-15 buat pemain
China itu dalam 22 pertemuan mereka. Tapi, kali ini Lin Dan jarang melancarkan serangan smash yang menjadikannya terkenal, sebaliknya Chong Wei yang menyerlah dengan menampilkan pergerakan menarik dan pengawalan bulu tangkis menakjubkan, sekali gus menjadi pertarungan akhir itu begitu sengit.
Kekalahan itu bermakna Lin Dan gagal mencapai takhta kelima Seluruh England yang jika berjaya dilakukan, bakal menjadikannya pemain paling unik dalam era sekarang. Kejohanan Seluruh England, tidak lama sebelum bermulanya Olimpik 2012 akan menjadi penampilan terakhirnya sebelum bersara.

“Saya bermain selamat dalam perlawanan akhir itu. Saya tidak begitu mengejar mata langsung,” kata Chong Wei. “Tapi kali ini, mental saya lebih kuat.” Chong Wei kemudian menerima panggilan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sejurus selepas perlawanan itu yang memberitahunya pemain negara itu 'melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.' Perlawanan itu sendiri menunjukkan Chong Wei akan mencipta sejarah tidak lama selepas rehat set pertama apabila bangkit daripada 11-10 ke 17-10 dan tampak begitu menguasai pada kedudukan 18-12. Sesetengah rali dipamerkan tidak begitu mencabar dan pantas, tapi kebanyakannya membabitkan pergerakan bijak.

Pada set kedua, Lin Dan cuba bangkait dengan melancarkan smash kencang tetapi tak menjadi dan kerap dapat dikembalikan Chong Wei. Hanya selepas rehat set pertama, baru Lin Dan cuba menekan dengan pukulan atas kepala. Dia bangkit sehingga kedudukan menjadi 17-18 dengan pukulan tepat dan konsisten ketika mental Chong Wei dijangka goyah.

Tapi Lin Dan melakukan drop yang gagal melepasi jaring, sekali gus mengurangkan tekanan psikologi ke atas Chong Wei.

Chong Wei menamatkan set pertama itu dengan pukulan smash sebelum mendahului 8-2 pada set kedua. Hanya selepas itu baru Lin Dan cuba bangkit dengan membuat smash serta membuat pukulan lebih tajam.
Usaha itu bagaimanapun tidak begitu menjadi dan ketika perlawanan menuju ke penghujung, Chong Wei semakin bersemangat menguasai permainan.

Daripada kedudukan 17-17, Chong Wei kemudian mula menekan untuk mata-mata terakhir dan akhirnya memenangi perlawanan itu apabila Lin Dan dipaksa untuk membuat pukulan ke kanan gelanggang yang akhirnya terkeluar.

“Segala-galanya tidak begitu menjadi seperti saya mahukan,” kata Lin Dan. “Lebih banyak kesilapan daripada biasa.” -
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger