HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SKTP-2010

0 comments




SKTP telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik pada 10 November 2010 pada pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Seri Tanjong,SKTP..Semua penerima hadiah telah hadir untuk mengambil hadiah masing-masing.Pelbagai kategori hadiah disediakan seperti murid cemerlang bagi setiap kelas, Hadiah galakan ,mata pelajaran terbaik,anugerah Tunas Harapan,anugerah Pendidikan Khas, Sijil untuk Pengawas sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Selain itu ada juga Tokoh Murid Pendidikan Khas,Tokoh Kokurikulum L dan P.Anugerah Khas Kokurikulum, Tokoh Murid.Ada juga anugerah untuk guru seperti Anugerah Khas Guru dan Anugerah Panitia cemerlang. Selain itu semua Jawatan kuasa PIBG sesi 2008 - 2010 juga diberi cenderahati sebagai mengenang jasa mereka.

Tokoh Murid 2010 telah disandang oleh Nur Nisha Nadhira bt Junaidi yang telah memdapat 5A dalam keputusan UPSR yang baru diumumkan.Anugerah Khas Kokurikulum pula telah disandang oleh Juraini bt Mohd Rodzi yang telah beerjaya mengharumkan nama SKTP hingga ke peringkat kebangsaan dalam Olahraga yang disertai beliau.Anugerah Khas Guru pula disandang oleh Cikgu Mohd Khairi b. Amri yang juga seorang jurulatih olahraga yang menempa nama hingga ke peringkat kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.Semoga dengan kejayaan ini akan menggalakkan lagi kita dalam mengharumkan dan menjaga nama baik SKTP.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger