Penjawat awam awam boleh tuntut insurans bencana alam

0 comments

KUALA LUMPUR — Mangsa banjir di Kedah dan Perlis yang merupakan penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dinasihat supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.

Perbendaharaan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah.

Menurut kenyataan itu kecederaan orang awam iaitu pihak ketiga akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu juga boleh dituntut.

"Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan bersama dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan,” kata kenyataan itu.

Untuk mendapatkan maklumat dan bantuan mengenai tuntutan, mangsa diminta terus berhubung dengan panel insurans yang melindungi pinjaman masing-masing. — Bernama

Sumber : Utusan Malaysia
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger