Suami cuti 2 minggu jaga isteri bersalin

0 comments

Mulai tahun depan, semua kakitangan lelaki Kerajaan Kelantan diberi cuti dua minggu berbanding seminggu ketika ini selepas isteri mereka bersalin bagi menjaga isteri dan anak dengan sempurna.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata pelaksanaan cuti dua minggu itu sejajar dengan kelulusan 90 hari cuti kepada kakitangan wanita bersalin yang dijangka diluluskan kerajaan negeri tahun depan.
Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia yang bukan saja tertumpu kepada mencari harta dunia saja, kerajaan negeri akan meluluskan cuti dua minggu kepada kakitangan lelaki yang isteri mereka bersalin.
Perkara ini sudah diserahkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dijangka dilaksana tahun depan sejajar kelulusan cuti 90 hari kakitangan wanita bersalin.

Kelantan akan menjadi negeri kedua memperkenalkan kaedah ini selepas Selangor, bertujuan memberi masa mencukupi kepada kakitangan lelaki menjaga isteri serta anak dan kita yakin tindakan ini tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, katanya.

Sumber : Berita Harian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger