MAJLIS PENYAMPAIAN WANG BANTUAN KWAPM FASA 1/2010

0 comments



Pada 24 Jun 2010 yang lalu, SKTP telah mengadakan majlis Penyampaian Wang Bantuan KWAPM kepada 155 orang waris pelajar yang layak menerima bantuan tersebut. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Abdullah bin Mohd.

Majlis bermula pada jam 3.30 petang, bertempat di kantin sekolah. Kesemua waris yang dijemput telah hadir untuk menerima wang bantuan tersebut. Guru Besar, Tuan Hj. Abd Rashid bin Abdul dalam ucapannya telah menerangkan bagaimana prosedur pemilih dan kriteria kelayakan bagi membolehkan murid-murid memohon bantuan. Senarai nama murid yang layak telah diputuskan oleh Jawatankuasa Khas. Seterusnya Tuan Guru Besar menasihati agar para ibubapa tidak menyalahgunakan wang bantuan tersebut, sebaliknya hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan pendidikan anak-anak.

YDP PIBG mengingatkan para ibu bapa agar bersyukur dengan apa yang mereka perolehi dan harus berterima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang berusaha menjaga kebajikan dan bertungkus-lumus untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak murid sekolah ini. Beliau juga berpesan agar para ibu bapa tidak cepat melatah sekiranya adanya timbul isu remeh-temeh yang melibat anak-anak mereka. Sepatutnya ibu bapa terlebih dahulu berjumpa dan berbincang dengan beliau sebelum membuat sebarang tindakan.

Akhir sekali, Tn. Hj. Hasan Aghare b. Mohd Nor selaku Penolong Kanan II merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau, khususnya kepada guru-guru yang hadir pada majlis tersebut.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger