Adab Buang Air Kecil

0 comments

SOALAN 1:

Bagaimanakah adab membuang air kecil di dalam Islam?

JAWAPAN:

Adab membuang air kecil adalah sebagaimana berikut ;

i. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk tandas dan keluar dengan mendahulukan kaki kanan.

ii. Tidak menghadap kiblat.

iii. Bukan di dalam lubang yang dihuni oleh haiwan.

iv. Berada di tempat tertutup.

v. Berdehem bagi melawaskan air kencing.

vi. Dilarang membawa masuk ayat suci al-Quran ke dalam tandas.

vii. Dilarang membuang air kecil di bawah pokok yang berbuah dan tempat berteduh.

viii. Dilarang membuang air kecil di tempat air yang bertakung.

Walaubagaimanapun kebanyakan adab-adab yang disebut adalah adab-adab yang perlu dititikberatkan sekiranya membuang air di luar kawasan binaan tandas.

Perkara tersebut kemungkinannya boleh memberi mudarat kepada diri dan orang lain, dilihat orang dan sebagainya.

SOALAN 2:

Adakah sesuai seseorang ustazah menyampaikan ceramah atau kuliahnya dalam sebuah surau yang mana pendengarnya terdiri daripada kalangan lelaki dan perempuan?


JAWAPAN:

Ustazah diharuskan menyampaikan ilmu khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal wanita.

Demikian juga harus bagi seorang ustazah untuk menyampaikan ceramah atau kuliah dalam surau dengan syarat beliau menjaga adab-adabnya.

Majlis tersebut juga hendaklah berada dalam keadaan berasingan di antara lelaki dan perempuan.

Sebagai contoh Saidatina Aishah r.a pernah menjadi salah seorang pakar rujuk dan periwayat hadis yang utama oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger