Majlis Bahasa Inggeris ditubuh tahun depan

0 comments

Majlis Bahasa Inggeris akan ditubuhkan tahun depan bagi menentukan standard pencapaian bahasa Inggeris pelajar sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pada masa ini hanya terdapat satu pasukan khas Kementerian Pelajaran untuk menentukan pencapaian bahasa Inggeris pelajar yang juga akan merujuk kepada pihak luar dalam menyediakan kertas peperiksaan.
"Bila kita kata pelajar itu pandai bahasa Inggeris, itu apa maknanya, apa ukurannya. Jadi untuk tujuan itu, kita sedang memikirkan pembentukan Majlis Bahasa Inggeris untuk menanda aras standard bahasa Inggeris yang kita gunakan di Malaysia.
"Kerajaan tidak mahu bersikap syok sendiri untuk menyatakan bahawa pencapaian bahasa Inggeris yang dicapai oleh sekolah-sekolahnya mencapai piawaian antarabangsa kerana ada orang kata, mutu bahasa Inggeris pelajar dan rakyat negara ini masih rendah dan ada yang kata sebaliknya," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger