SUKAN TAHUNAN SKTP 2011

0 comments

SK Tanjong Piandang telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2011 pada 08 Okt 2011, hari Sabtu.Majlis sukan bermula pada pukul 8.30 pagi..Sebanyak 4 buah rumah sukan bertanding iaitu Rumah Garuda, Rajawali, Merak dan........

Pelepas yang dijemput ialah Syed Mohd Ameer Ali daripada SMK Seri Kurau.Sebanyak 12 acara yang dipertandingkan bagi kategori lelaki dan
perempuan.Acara yang dipertandingkan  adalah seperti Sukaneka untuk murid Pendidikan Khas dan murid Pra. Lari pecut 60m, 4 X 200m dan Lari 4 X 500m.

Acara 4 X 500m adalah acara baru dan sangat menarik penonton.Acara ini hanya disertai oleh murid Tahun 6 sahaja.Olahragawan pada tahun ini disandang oleh Mohamad Alif Zafran murid Tahun 4 manakala Olahragawati disandang oleh adik Husna , murid Tahun 5.Semua peserta yang menang menerima haadiah masing-masing.Juara rumah sukan disandang oleh Rumah Garuda manakala Rumah Merak disandang oleh Rumah Rajawali.

Di akhir majlis, YDP PIBG SKTP iaitu Encik Abdullah telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup dengan menembak sedas tembakan.Semua murid dan guru SKTP gembira dengan majlis sukan yang diadakan ini.
 Guru-guru lelaki SKTP yang bertugas di padang bersama pelepas , Syed Ameer Ali
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger