‘Spiderman’ takluk Burj Khalifa di Dubai

0 comments

Pemanjat bangunan Perancis yang digelar ‘Spiderman’ berjaya menawan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai semalam, selepas bergelut dengan angin kencang yang memaksa pendakiannya tertangguh beberapa jam.
Alain Robert (gambar), 48, mengambil masa kira-kira enam jam untuk menawan bangunan setinggi 828 meter itu yang mempunyai 160 tingkat dengan menggunakan tali dan perkakas yang ditetapkan oleh penganjur.

Namun Robert menyifatkan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh penganjur dan orang ramai yang berhimpun untuk melihatnya membuatkannya bertambah gementar.
“Sebenarnya saya berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana mereka telah memasang beberapa peralatan keselamatan untuk saya.
“Terdapat juga skrin besar yang mempunyai ketinggian 50 meter dan panjang 30 meter bagi membolehkan orang ramai menyaksikan pendakian itu dan ini sebenarnya memberi tekanan besar kepada saya,” katanya.
Robert telah ditahan banyak kali di beberapa negara kerana pihak berkuasa biasanya tidak memberi kebenaran untuk beliau membuat pendakian yang berbahaya itu.
Dia mula memanjat bangunan sejak berusia 12 tahun ketika kunci apartmennya tertinggal di dalam rumah dan memutuskan untuk memanjat apartmen setinggi lapan tingkat itu untuk memasukinya melalui tingkap yang terbuka.
Robert dilaporkan telah memanjat lebih 80 bangunan di seluruh dunia termasuk Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger