SKTP tempat ke tiga Kejohanan Sepak takraw Kelompok 5

0 comments


Pada 21 Mac yang lalu bertempat di dewan SMK Teknik Kerian talah diadakan pertandingan sepak takraw bagi Kelompok 5. Sebanyak 6 buah sekolah telah mengambil bahagian .



setiap sekolah dikehendaki menghantar dua regu yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Regu A SKTP telah menjuarai Kumpulan B tetapi semasa pertandingan separuh akhir SKTP telah tewas kepada regu A SK Haji Ramli.



 SKTP kemudian terpaksa berentap dengan regu A SK Titi Serong dan terpaksa berhempas pulas untuk  mengalahkan regu itu dan permainan terpaksa dilanjutkan sehingga tiga set.Dalam pertandingan itu SK Haji Ramli telah muncul sebagai juara manakala SK Parit haji Wahab telah menjadi Naib Johan manakala Regu A SKTP telah mendapat tempat ketiga.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger