TAHNIAH...! SKTP MENGEKALKAN JOHAN KESELURUHAN MTQ ZON KUALA KURAU

0 comments

Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) peringkat Zon Kuala Kurau telah diadakan pada 12 februari 2011 bertempat di SK Tanjong Piandang.Acara yang dipertandingkan ialah seperti Tilawah, Tahfiz, Bercerita Kisah Nabi, dan Maharatul lughawiyah.



Semua peserta lelaki dsn perempuan daripada SKTP telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua acara.muhamad Najmi bin Jamalludin telah berjaya mendapat tempat PERTAMA bagi acara Tilawah Al Quran.Begitu juga adik Mohamad Faris bin Wahab yang juga mendapat tempat PERTAMA bagi acara Maharatul Lughawiyah.Adik Ahmad Awang bin Abu Bakar juga mendapat tempat PERTAMA bagi acara Tahfiz..Bagi acara Maharatul Lughawiyah (P) pula,wakil SKTP iaitu adik Nur Haslinda bt Mohamad Hassim telah mendapat tempat KEDUA manakala adik Nur Anis Natasha binti Ahmad Rofie pula telah mendapat tempat KETIGA bagi acara Tahfiz.

Sekali lagi SKTP telah mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut apabila sekali lagi diumumkan sebagai JOHAN KESELURUHAN MTQ Peringkat Zon Kuala Kurau.Tahniah diucapkan kepada semua peserta SKTP yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Perasmian penutup pula disempurnakan oleh Ustad Hasbullah iaitu Pegawai Khas PPD Daerah Kerian.Beliau bangga dengan pencapaian semua peserta yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya.beliau berharap agar wakil-wakil yang terpilih dapat mengharumkan nama Daerah Kerian.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger