Pelaksanaan PTK tak sesuai, terdedah amalan pilih kasih

0 comments

PTK ialah komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan pada 1 November 2001, antara lain bertujuan menilai prestasi kerja kakitangan awam, termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat.

SSM diperkenalkan bagi menaik taraf mutu penilaian dan perkhidmatan kakitangan awam, menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang dilaksanakan pada 1 Januari 1992. SSB juga mempunyai kelemahan
termasuk banyak rungutan kes pilih kasih ketua jabatan dalam soal kenaikan pangkat dan gaji.
Selepas beberapa ketika, pelaksanaan PTK menerima bantahan CUEPACS yang turut mengancam
memboikot sistem itu kerana dianggap tidak sesuai dan terdedah kepada amalan sikap pilih kasih. Bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertegas tidak akan tunduk kepada desakan memansuhkan peperiksaan PTK yang diperkenalkannya pada 2002 itu.

CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam memberi tempoh sehingga 31 Disember 2010 untuk JPA membuat keputusan menerus atau memansuhkan sistem itu, namun JPA menyatakan PTK satu daripada mekanisme penting dalam menentukan kemampuan pegawai awam menjalankan tugas dan tanggungjawab serta menilai prestasi kerja mereka.

Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lalu, mengumumkan PTK tidak lagi akan diguna pakai dalam kenaikan pangkat dan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Sistem Saraan Malaysia (SSM)

  • Diperkenalkan pada 2002 menggantikan SSB.



  • Untuk memperbaiki kelemahan dalam SSB.
     

  • Pelaksanaan



  • Berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam.



  • Menampilkan beberapa penambahbaikan.



  • Memperkenalkan PTK untuk menentukan pergerakan gaji tahunan dan kemajuan kerjaya perkhidmatan awam.



  • Matlamat PTK untuk menggalakkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti serta inovasi dalam pelaksanaan tugas.



  • PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.



  • Syarat kakitangan awam mendapat anjakan gaji melalui mekanisme peperiksaan dan kursus harian.



  • Dianggarkan 70 peratus lulus ujian PTK setiap tahun.



  • Markah minimum untuk lulus PTK ialah 60 peratus



  • PTK dimansuhkan pada 1 Januari 2011 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010)



  • Selepas Januari 2011, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat.



  • Proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.



  • Satu sistem baru akan diperkenalkan Jun 2011 bagi menggantikan PTK.



  • Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, menjelaskan sistem penilaian baru mengambil kira ‘keunikan’ setiap jabatan kerajaan.



  • Sistem baru tidak menilai secara sama rata, misalnya kakitangan pengurusan dinilai berbeza dengan bahagian teknikal.



  • Sistem penilaian baru itu lebih mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu.

    Kelemahan PTK



  • Sesetengah pegawai yang lulus PTK dipertikaikan sumbangan mereka terhadap organisasi.



  • Pegawai produktif, tetapi gagal PTK berpeluang mendapatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tetapi terikat dengan dasar memberi peluang kepada pegawai yang belum mendapat kenaikan.



  • Soalan peperiksaan yang dianggap tidak relevan dengan tugas harian kerana tiada pengkhususan skop kerja.



  • Peperiksaan dua kali setahun dianggap membebankan berbanding sekali setahun sebelum ini.



  • Keputusan dikeluarkan dalam jangka masa lama.



  • Ketua jabatan juga terikat dengan arahan supaya memberi peluang kepada pegawai yang belum pernah mendapat pergerakan gaji sama ada secara menegak atau melintang.



  • Pegawai bawahan mendakwa majikan atau ketua jabatan tidak adil, tidak tahu menilai dan pilih kasih.



  • Penjawat awam kumpulan Gred 17 merungut kenaikan pangkat mengambil masa hingga 15 tahun.



  • Pegawai lulus PTK dengan Aras 4 iaitu Melepasi Tahap Kecekapan pada Aras Cemerlang tetapi tidak mendapat peluang kenaikan pangkat disebabkan belum mencapai tempoh 15 tahun berkhidmat.



  • PTK perlu ditambah baik dari sudut kesahihan dalam kertas jawapan di mana tiada rujukan dalam peratusan yang lulus.



  • Calon peperiksaan mendesak kertas jawapan ditunjukkan semula supaya mereka dapat mengetahui kelemahan dan meningkatkan kepercayaan kepada penilaian ini.



  • Kaedah anjakan masih mengikut anjakan gaji tahunan individu, bermula Januari setiap tahun walaupun menduduki peperiksaan dua kali setahun.



  • PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.



  • Ramai kakitangan berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat. 


  • Sumber : Berita Harian
    Share this article :

    Post a Comment

     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger