SKTP JOHAN PERTANDINGAN STORY TELLING PERINGKAT DAERAH KERIIAN 2010

0 comments




Pertandingan Story Telling peringkat Daerah Kerian telah diadakan pada 19 Oktober 2010 bertempat di SK Tanjong Piandang.Sebanyak 38 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini yang bermula pada pukul 8.45 pagi.

Adik Sarvini daripada SK Tanjong Piandang telah dinobatkan sebagai Johan Story Telling Peringkat Daerah Kerian dengan cerita yang bertajuk Princess And The Frog.Tempat kedua adalah daripada SJK(T) St Mary's dan tempat ketiga daripada SK Methodist.Sekalung tahniah kepada yang berjaya dan tahniah juga kepada yang tidak berjaya kerana mampu menyampaikan cerita dalam Bahasa Inggeris dengan baik.Adat bertanding memang ada kalah dan menang.

Perasmian penutup pertandingan Story Telling ini peringkat Daerah Kerian telah disempurnakan oleh Tn Hj Md Ali, PPD(R).

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada warga SKTP terutama Panitia B.Ing yang brjaya mengelolakan pertandingan ini.Tidak lupa juga kepada semua jurulatih dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian kerana dapat memastikan pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar dan menyediakan peserta-peserta yang berkualiti.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger