Cium tedung

0 comments



Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, 24, membuktikan keberaniannya apabila mencium ular tedung selar berbisa sebagai tanda penutup tirai persembahannya di Muzium Kelantan, di sini, semalam.
BERANI...Puteri mencium ular tedung selar sepanjang empat meter sebagai penutup tirai persembahannya di Muzium Kelantan, semalam.
BERANI...Puteri mencium ular tedung selar sepanjang empat meter sebagai penutup tirai persembahannya di Muzium Kelantan, semalam.

Dengan memegang dua ular sawa, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu tampak ceria kerana dapat menghabiskan ujian tinggal bersama 100 ular berbisa sebelum keluar dari bilik kaca jam 10 malam semalam.


Bagaimanapun, dia membuat kejutan kepada lebih 300 penonton apabila secara spontan mengambil masa kira-kira lima minit untuk mencium ular tedung selar berbisa berukuran kira-kira empat meter.


Mengimbau detik persembahannya sepanjang sebulan di muzium terbabit, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, banyak pengalaman manis dan pahit ditimba sepanjang tempoh berkenaan.


“Memang banyak pengalaman pahit dan manis, tetapi paling tidak dapat dilupakan ketika pengsan mengadakan pertunjukan di sini, baru-baru ini. Kejadian itu antara cabaran perlu dihadapi sebelum dapat mencipta rekod.

“Mungkin orang ramai beranggapan saya pengsan dipatuk ular, tetapi sebaliknya saya keletihan kerana seharian terpaksa berada di bilik berkurung. Nasib baik ular tidak serang dan alhamdulillah Tuhan selamatkan saya,” katanya yang tinggal di bilik kaca berukuran 10 x 10 meter itu bermula 6 Julai lalu.


Dia teruja dan bersemangat apabila melihat orang ramai menantikan kemuncak cabaran tinggal bersama ular berbisa sejak sebulan lalu.


Semalam Puteri membuktikan kemampuan sebenarnya.


“Ketika keluar, hati saya berdebar-debar, lebih-lebih lagi terpaksa mencium ular berbisa yang saya tidak pernah ada pengalaman menyentuhnya, apatah lagi masih berbisa,” katanya sambil menambah, kesan patukan ular terbabit boleh membawa maut.


Dia yang pernah mengadakan pertunjukan di seluruh tanah air serta luar negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun berkata, perkara pertama dilakukan selepas selesai persembahan mahu bertemu dua cahaya matanya dan suami, Mohd Saiful Abdul Aziz, 26.


“Kehidupan saya selepas ini macam biasa, kalau boleh ada permintaan buat program sama selepas ini. Kadangkala teringatkan anak juga, habis sebulan sambung sebulan. Dua anak masing-masing seorang di Perak dan Kedah.


“Lagipun untuk terbabit dalam aktiviti seperti ini, kita kena betul-betul tabahkan diri. Saya pun ada keluarga dan kena betul-betul fikir benda positif dan tidak boleh negatif,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger