Dakwa kaki katak dalam mi

0 comments


Seorang pelajar sebuah kolej swasta hari ini memfailkan saman terhadap syarikat pengurusan sebuah rangkaian restoran kopitiam bagi menuntut sejumlah ganti rugi selepas menemui sepasang kaki katak dalam hidangan mi yang sedang dimakannya pada Mac lalu.

Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Adnan Rahim & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 3 petang.

Dia yang bertindak sebagai plaintif menamakan Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. defendan pertama dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. defendan kedua.

Mengikut pernyataan tuntutan, defendan bersama ahli keluarganya menikmati makan malam di sebuah restoran kopitiam di Bandar Bukit Tinggi dekat sini antara pukul 8 dan 10 malam, 11 Mac lalu.

Semasa menikmati hidangan mi goreng , plaintif mendakwa dia begitu terkejut dan hampir termuntah apabila menjumpai sepasang kaki katak bersaiz kecil dalam makanannya itu.

Berikutan itu, Aliff bertindak menunjukkan kaki katak yang dijumpainya kepada seorang kakitangan restoran berkenaan dan memohon penjelasan daripada pengurus bertugas.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa, pengurus berkenaan enggan keluar dan hanya mengarahkan juruwang mengambil gambar kaki katak itu dan membawa makanan tersebut ke dapur restoran.

Sumber : Utusan Malaysia
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger