Solat tak batal jika tahan buang angin

0 comments

PAKAH hukum seseorang yang sembahyang dalam keadaan dia menahan buang angin? Adakah solatnya batal?

Rahman,
Hulu Kelang, Selangor. SYARAT sah solat mestilah terpelihara daripada perkara yang membatalkan wuduknya. Satu perkara yang membatalkan wuduk ialah membuang angin atau terkentut. Jika ia menahan sehingga angin tidak keluar maka wuduknya tetap sah.


Justeru, usahanya menahan angin itu sendiri tidak membatalkan solatnya. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut).”

Imam Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Jika seorang daripada kamu berasakan ada angin (ketika dia ada) dalam masjid, maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk), kecuali apabila dia mendengar bunyi atau menemukan angin.”

Memang solat seseorang yang menahan angin atau air kecil dan besar dihukumkan makruh oleh ulama kerana keadaan demikian sudah tentu mengganggu soal khusyuk dirinya. Akan tetapi perkara ini tidaklah sampai
membatalkan solat. Wallahualam.

Sumber : Berita Harian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger