SAMBUTAN HARI GURU SKTP-2010

0 comments




Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010.Pelbagai program telah diatur.Program dimulakan dengan pembacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran, KPM dan JPN.Semua perutusan telah dibacakan oleh wakil-wakil yang dilantik oleh sekolah.Setela itu bacaan ikrar oleh semua guru SKTP yang diketuai oleh Cikgu Zulkifli.
YDP PIBG iaitu Encik Abdullah juga turut hadir serta wakil darp PPD juga iaitu En Zulkarnain, Pegawai Khas Pra Sekolah turut bersama warga pendidik SKTP meraikan Hari Guru yang cukup bermakna bagi semua guru.

Selesai majlis perhimpunan, diadakan juga permainan sukaneka sesama guru dan juga bersama murid.Permainan yang diadakan seperti bermain bola sepak dengan memakai kain pelikat bagi guru dan murid lelaki manakala permainan bola tampar memakai kain batik .Sukaneka pula adalah seperti memakai selipar gergasi,memancing botol,berjalan atas bata dan membawa bola p.pong dengan sudu.Semua permainan dijalankan dengan begitu meriah sekali.

Kemudian pula majlis berlangsung di Dewan Sri Tanjong.Semua guru menyanyikan Lagu Guru Malaysia dan Lagu tema Guru Pembina Negara Bangsa.Majlis dimeriahkan dengan acara persembahan daripada guru-guru dan murid-murid.

Selamat Hari guru...GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....Semoga guru-guru SKTP akan menjadi guru yang lebih berdedikasi dan dirahmati serta diberkati dalam lapangan yang diceburi ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger