CARA MENGIRA ZAKAT PERNIAGAAN

0 comments

Takrifan Zakat Pendapatan

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Muibayarstafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:

Cara 1

Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000 x 2.5% = 750

Cara 2
Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5%
(Setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)

Contoh

A). PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) = 30,000


B). TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri = 8,000
2. Isteri = 3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = 4,000
4. Pemberian kepada ibubapa (contoh: RM100 x 2) = 1,200
5. KWSP (contoh: 11%) = 30,000
6. Caruman ke organisasi/koperasi/institusi kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum & pendeposit (Contoh: Lembaga Tabung Haji) = 3,300

Jumlah Tolakan = 20,400


C). PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT
(A-B) =9,600


D). ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR = 240
(kerana C lebih dari nisab) RM9,600 x 2.5%

E ). JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240/12 bulan) = 20



Maklumat lanjut rujuk laman web ezakat.

http://www.zakat.com.my/zakat/pendapatan.html
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger