Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet MSS Perak di MSSM 2010 telah berlangsung di SK Tanjong Piandang pada 2 September 2010.Majlis ini diadakan kerana penghargaan oleh Jabatan Negei Perak kepada atlet yang telah mengharumkan nama negeri Perak dalam pertandingan MSSM yang telah diadakan di Johor baru-baru ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh En Ahmad Fisal sebagai mewakili pihak JPN yang tidak dapat hadir.Dua orang lagi pihak PPD Kerian yang hadir ialah En Zainuddin dan En Mohd Radzi.Insentif kemenangan ini adalah berupa sumbangan kepada adik Juraini yang telah berjaya mengharumkan nama SKTP, Daerah Kerian dan Negeri Perak.Sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk wang sebanyak RM300.00 sebagai menghargai jasa adn semangat yang ditunjukkan oleh adik Juraini iaitu pelajar Tahun 6Maju.
Di bawah ini adalah kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh adik Juraini :
a- Olahragawati SKTP 2008, 2009 dan 2010
b- Olahragawati Harapan MSD Kerian pada 2009
c- Olahragawati MSSPK pada 2010
d- Memperoleh 2 pingat Perak dalam Kejohanan MSSm 2010 iaitu bag acara Lompat Jauh Bawah 12 tahun dan 80m Berpagar P12.
e- Pemegang rekod MSSD iaitu 13.9s
f- Pemegang rekod MSSP 13.8s
Syabas diucapkan buat adik Juraini dan didoakan semoga beliau akan memperoleh kejayaan seterusnya.Sekalung tahniah daripada warga SKTP buat Juraini yang telah mengharumkan nama SKTP.
Post a Comment