Kakitangan kerajaan dilihat banyak buang masa layari Facebook

0 comments

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, pendedahan dan kebolehan bagi mengaplikasi teknologi baru adalah dilihat tidak jauh beza bagi sektor swasta dan kerajaan.
Sungguhpun begitu, minda dan sikap profesionalisme adalah perkara yang membezakan antara kakitangan kerajaan dan swasta. Tidak semua agensi kerajaan yang dimaksudkan di sini mencerminkan keadaan sedemikian, tetapi secara majoritinya dilihat asyik leka menggunakan Facebook dalam waktu pejabat.

Tidak dinafikan laman sosial seperti Facebook menjadi pilihan utama bagi ruang untuk bersosial seperti berkongsi sesuatu bersama rakan dan kenalan. Tetapi sekiranya penggunaan itu mengatasi tugas-tugas yang perlu diselesaikan sehingga membelakangkan tanggung jawab yang diamanahkan, adalah mustahil agensi berkenaan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.

Mungkin ini antara sebab timbulnya aduan agensi kerajaan lambat memproses sesuatu permohonan, maklum balas lewat dikeluarkan, panggilan tidak berjawab dan sebagainya. Ramai kenalan dan rakan saya yang menjadi anggota kerajaan sendiri akui penggunaan Facebook adalah perkara utama yang diberi tumpuan seawal masa kerja bermula, baik dari kakitangan peringkat bawahan hinggalah ke peringkat profesional.

Apakah ada sesebuah agensi kerajaan menetapkan KPInya adalah penggunaan Facebook? Adalah diharapkan golongan yang terbabit dapat mengubah minda dan sikap profesionalisme supaya menjadi pekerja yang lebih beretika ke arah memartabatkan mutu penyampaian kerajaan setanding sektor swasta bagi pertumbuhan sosioekonomi yang mapan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger