Chong Wei ke separuh akhir

0 comments


BUKIT JALIL - Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei sekali lagi dipaksa bekerja keras sebelum bangkit meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Malaysia selepas mengatasi pemain China, Chen Jin pada suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

Kelmarin, Chong Wei turut beraksi rubber set menewaskan seorang lagi pemain China, Du Pengyu untuk menempah pertemuan dengan Chen Jin.

Chong Wei, yang masih segar dengan gelaran juara Terbuka Korea Ahad lalu, menang 21-14, 16-21 dan 21-15. Pilihan pertama itu dilihat berpeluang menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia buat kali keenam tanpa kehadiran tiga pesaing utamanya, Lin Dan dari China dan dua pemain dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dan Simon Santoso. Dia memenangi kejohanan ini pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008 dan 2009.

“Permainan saya tidak sebagus seperti biasa. Ini mungkin kerana kepenatan selepas turut beraksi tiga set ketika menentang Du Pengyu (kelmarin). “Hari ini (semalam), saya dapat bertahan kerana ketahanan mental. Saya mahu lupakan perlawanan hari ini (semalam)
dan menumpukan sepenuh perhatian pada pertemuan separuh akhir,” kata Chong Wei.

Di separuh akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen yang menundukkan pemain Denmark, Jan Jorgensen 21-17 dan 22-20. Seorang lagi pemain negara, Chong Wei Feng gagal mengikuti jejak Chong Wei apabila tewas kepada pemain Thailand, Boonsak Ponsana, 21-14 21-9.

Boonsak akan menentang jaguh Denmark, Peter Gade Christensen pada satu lagi pertembungan separuh akhir.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger