Cara mengenal telur tiruan

0 comments

Pengguna di Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di china.

Telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia.cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat.Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat,alum,gelatin,asid benzoik,kalsiumklorida serta air dan pewarna makanan.Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuing lemon ke dalam adunannya.



Cara mengenal telur tiruan :
1. Selepas telur dipecahkan,putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. cengkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan,ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu.telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan,kuning te telur dan putih telur akan cair bersama.Ini disebabkan kuning  
    telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8.Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Memandangkan telur makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini..Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SK Tg Piandang - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger